KUALA LUMPUR 28 Dis – Buat kali kedua Majlis Belia Malaysia (MBM) menjadi tuan rumah kepada rakaman talk show “Dialog Anak Muda” Astro AWANI bertempat di Wisma MBM.
Dengan topik “Andalan 2024 – Anak Muda Get Ready”, edisi kali ini menampilkan lima orang pemimpin muda bagi membahaskan topik ini bersama pengacaranya Fauzi Zin;
1. Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin
Penolong Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia
2. Sdr. Abraham Ngam Lee Liang
Exco Persatuan Alumni Felo Perdana
3. Sdri. Nurul Rifayah Muhammad Iqbal
Aktivis Belia
4. Sdr. Ainool Husainy
Ahli Parlimen Belia Negeri Selangor
5. Sdr. Thiveyarupan Ramoo
Exco MIYC Kebangsaan
Antara yang disentuh ialah refleksi anak muda sepanjang tahun 2023, dasar gaji progresif, Dasar TVET Negara dan pelan transisi umur belia.
Hadir sama meraikan tetamu ini Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.
Nantikan tayangan penuh diskusi ini awal tahun depan.