Kangar, 23 November 2014 – Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berbasikal meredah kawasan yang dilanda banjir semasa Program Kayuhan Kasih Belia sempena Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia 2014 di Kangar, Perlis.
Program yang turut disertai oleh kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Majlis Belia Negeri Perlis (MBNP) bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir sekitar jam 11 pagi. Semua peserta yang berkumpul di Majlis Sukan Negeri memulakan program dengan senaman ringkas serta taklimat oleh IPD Kangar yang menyentuh aspek keselamatan ketika berbasikal.
Program ini diadakan bagi melawat asnaf-asnaf di sekitar Kangar serta melihat sendiri keadaan banjir yang melanda negeri Perlis. Sumbangan turut diserahkan kepada asnaf-asnaf serta yang kurang berkemampuan.