DALAM TALIAN 25 Okt – Sesi Webinar Esklusif Bersama Usahawan Melalui Hub Usahawan Malaysia telah bersiaran secara langsung menerusi Facebook Majlis Belia Malaysia (MBM).
Sesi ini dikendalikan oleh Exco MBM merangkap Timbalan Pengerusi Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan (MFREN), Sdri. Nurliana Muhamad. Menerusi sesi ini banyak input diperolehi usahawan dalam bidang ini antaranya perkongsian tentang kenapa pentingnya akaun perniagaan, pengenalan tentang Niagawan yang mesra usahawan, perkongsian fungsi dalam system, demo sistem Niagawan , basic things mengenai cara key-in sale, expenses, produk inventori, akaun report dan lain-lain.