MAJLIS BELIA MALAYSIA

Qari, qariah Kuantan juara tilawah Belia 4B Pahang

Naib Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Ahmad Daniar Ismail
Naib Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Ahmad Daniar Ismail

JERANTUT 30 Julai 2012- Qari dan qariah dari Kuantan mengungguli Majlis Tilawah al-Quran dan Nasyid Belia 4B Pahang yang berlangsung di Rumah Rehat Jerantut di sini semalam.

Mohamad Zairul Irsyad Zainal berjaya menewaskan empat peserta lain, manakala Siti Khalidah Nur Mawaddah Ghazali mengalahkan tiga lagi qariah.

Kumpulan Nadwatul Fikriah dari Cameron Highlands pula muncul johan kategori nasyid manakala tempat kedua diraih kumpulan An Nur Zahra (Kuala Lipis) dan Sea Voice (Kuantan) di tempat ketiga.

Naib Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Ahmad Daniar Ismail berkata, pertandingan tersebut diadakan bagi mencari peserta untuk mewakili Pahang ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Perlis pada 11 dan 12 Ogos ini.

“Kami ingin bergelar johan qari selepas sekadar menduduki tempat kedua pada tahun lalu, selain mengekalkan status juara qariah di samping beraksi cemerlang bagi acara kompang dan puisi ketuhanan,” katanya kepada Utusan Malaysia pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang di sini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »