PUTRAJAYA 27 Mei 2012 – Hari terakhir Karnival Himpunan Jutaan Belia 2012 berjaya mengekalkan momentum sambutan yang bermula Rabu lalu, sekali gus membolehkan sasaran perhimpunan dua juta belia berjaya dicapai dalam tempoh lima hari.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau yakin sasaran himpunan dua juta belia dicapai kerana penelitian awal menunjukkan jumlah pengunjung pada hari ini mengatasi empat hari sebelumnya.
“Sebanyak 1.5 juta belia datang ke Himpunan Jutaan Belia setakat semalam dan berdasarkan sambutan amat memberangsangkan pada hari ini, saya yakin sasaran dua juta orang dicapai.