MAJLIS BELIA MALAYSIA

Proses Pilihan Raya Umum Ke-13 telus

KUALA LUMPUR 29 Mei 2013- Majlis Belia Malaysia (MBM) merumuskan proses Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu menepati prosedur serta undang-undang negara berlandaskan peruntukan Perlembagaan.

Malah, MBM menolak dakwaan sesetengah pihak termasuk pembangkang kononnya wujud penipuan dalam proses pilihan raya itu termasuk kewujudan puluhan ribu pengundi hantu.

Presidennya, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee menegaskan, isu pengundi hantu tidak timbul sama sekali disebabkan semua parti yang bertanding telah meletakkan ejen pemerhati masing-masing di setiap saluran mengundi.

“Pada kami, pengundi hantu sangat sukar untuk dilakukan kerana terdapat banyak kawalan oleh pelbagai pihak termasuk wakil calon daripada semua parti yang bertanding.

“Tetapi jika mana- mana pihak mempunyai bukti tentang kejadian itu, boleh kemukakan kepada pihak berkuasa kerana hasil pemantauan MBM di 165 kawasan, langsung tiada kejadian membabitkan pengundi hantu,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan forum Perbincangan Negara Bangsa Malaysia: Suara Belia Pasca 2013 anjuran MBM di sini hari ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »