PETALING JAYA 26 Mei – Terima kasih kepada sukarelawan Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia, Majlis Belia India Malaysia (MIYC) dan (GEPIMA) atas kerahan tenaga dalam membungkus lebih 300 pek bantuan makanan asas untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan melalui Program Agihan Muhibbah Relawan MBM dan MRA dan badan-badan gabungan MBM.
Proses pembungkusan dilakukan di Gudang MRA Petaling Jaya mulai jam 10.00 pagi hingga jam 11.30 pagi.
Terima kasih juga kepada Malaysian Relief Agency (MRA) yang telah menyumbangkan 300 pek bantuan kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) buat kali kedua.
Seramai 300 penerima mendapat manfaat hasil daripada mobilisasi muhibah yang akan digerakkan oleh Relawan MBM yang diketuai oleh Sdr. Mohd Faiz Suhaimi. Turut hadir Exco MBM, Sdr. Syed Osman Mohamed dan Sdri. Ng Chor Eng.