Dalam Talian | 31 Julai – 1 Ogos – PROKENS Employability Skills Training bersama Malaysian Pharmacy Student’s Association (MyPSA) melalui aplikasi Zoom. Sdr. Abu Kadir selaku Pengarah PROKENS dan Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) memberi taklimat berkenaan MBM kepada peserta program PROKENS anjuran MyPSA dan MBIOS.
Beliau juga menerangkan serba sedikit mengenai PROKENS yang merupakan salah satu produk program MBM. Hari Pertama dengan slot pertama Resume Hacks, disampaikan oleh Sdr. Haziq Zakaria. Beliau berkongsi kepada peserta mengenai cara – cara penulisan cover letter dan resume yang akan menarik perhatian majikan.
Hari Kedua, PROKENS Employability Skills Training bersama Malaysian Pharmacy Student’s Association (MyPSA) melalui aplikasi Zoom.
Slot pertama dimulakan dengan sesi Mock Interview. Para peserta diberi situasi sebenar ketika temuduga. Panel penemuduga Mock Interview juga memberi perkongsian tentang cara – cara menjawab soalan rumit dalam sesi ini.
Panel penemuduga adalah dikalangan kepimpinan MBM Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin, Penolong Setiausaha MBM, Exco MBM Sdri. Kavita Maheendran, Sdri. Nurliana Muhammad dan Sdri. Ng Chor Eng. Slot kedua Literasi Kewangan dan Hak pekerja telah disampaikan oleh Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali, Pengarah Program PROKENS merangkap Exco MBM.
Sesi ini menekankan tentang pengurusan kewangan yang rapi serta keseimbangan di antara kemahuan dan keperluan individu. Penutupan program telah disampaikan oleh Sdr. Haziq Zakaria, selaku koordinator Program PROKENS.
Program tamat dengan jayanya dengan penyertaan seramai 55 orang.










