NILAI 20 Mei – Pemilik Syarikat GD Holdings Sdn Bhd, Dato’ Sri David Yeat Sew Chuong telah menjemput Majlis Belia Malaysia (MBM) melawat dan berkongsi mengenai Projek Youth City yang dibangunkan oleh GD Holdings di Nilai, Negeri Sembilan.
Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM dan Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM telah hadir ke jemputan tersebut.
Antara perkara yang dikongsikan adalah mengenai ruang pemilikan rumah, keusahawanan belia di Nilai Gembox Truly Malaysia dan peluang pekerjaan kepada belia Malaysia. Turut hadir, YB Teo Kok Seong, Exco Kerajaan Negeri Sembilan.















