MAJLIS BELIA MALAYSIA

Projek inovasi dan geran YIM bantu belia jadi usahawan inovasi dan pembangunan prototype

KUALA LUMPUR 10 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM telah mendengar taklimat projek inovasi dan geran Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bagi membantu belia menjadi usahawan inovasi dan pembangunan prototype:

1. Projek Grassroots Open Challenge (MaGRIs) – pembangunan dan pengkomersilan inovasi akar umbi;

2. Projek Inovasi Sosial Malaysia (MySI) mysi.innomap.my – program kesejahteraan B40 melalui projek aplikasi teknologi tempatan yang berinovatif yang telah dibangunkan dan sedia dilaksanakan secara mampan.

Ini merupakan kerjasama berterusan YIM – MBM dan sebelum ini telah pun diadakan bengkel asas pembangunan kapasiti mencungkil bakat innovator muda di akar umbi.

Turut sama dalam sesi ini Exco MBM, Datuk Syed Osman Mohamed dan Puan Nurliana Muhammad.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »