KOTA TINGGI 3 Januari – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui #projectunderwear telah menghantar sebanyak 478 kit pakaian dalam (40 set remaja lelaki, 50 set remaja perempuan 59 set kanak-kanak, 200 set perempuan dan 129 set lelaki) ke Kota Tinggi, Johor.
Sumbangan ini adalah untuk mangsa-mangsa banjir melibatkan daerah Mawai dan Pengerang yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir (PPS).
Penyerahan sumbangan dilakukan oleh Timbalan Presiden MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan kepada Puan Zairah Izati, Penyelia sumbangan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Kota Tinggi yang dijadikan pusat pengumpulan bantuan mangsa banjir di sini.
Hadir sama Pengerusi Majlis Belia Daerah Kota Tinggi, Sdr. Mohd Fauzan.
Seramai 20 orang sukarelawan telah menyumbang tenaga membungkus kit-kit #projectunderwear hasil sumbangan rakyat Malaysia bagi membantu mangsa banjir.