Kuala Lumpur, 30 November 2013 – Biro Tatanegara (BTN) dibawah Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Program Transformasi Negara Pemimpin-pemimpin Kanan Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi tujuan membentuk kerjasama antara BTN dan MBM dalam penganjuran program-program yang mampu mendekati belia sekaligus membentuk belia yang berdaya saing dan berguna kepada masyarakat.
Program yang diadakan di Akademi Kenegaraan Kuala Lumpur pada 29 dan 30 November 2013 ini dihadiri oleh peserta yang majoritinya terdiri daripada pemipin-pemimpin kanan badan gabungan MBM seperti Sdr. Nasrul Ahmad, Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Sdr. Hasnul Fairuz Hushin Amri, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Sdri. Haryaty Hamdzah, Sdr. Wan Ahmad Sabri Yusof, Sdr. Khairul Anwar El Syazalli Musa dan Sdr. Saiful Munir Bidin. Turut hadir dalam program ini adalah wakil daripada BTN sendiri iaitu Pengarah Bahagian Pemimpin Masyarakat BTN, Sdr. Mohd Khailani Ismail dan Penyelaras Program BTN, Sdr. Kamarulzaidi Mohd Zain.
Peserta program diberi peluang untuk berbincang dan memberikan idea-idea baru dari segi bentuk program yang dicadangkan supaya ianya dapat menarik minat orang muda untuk turut serta sekaligus dapat mengubah persepsi mereka terhadap BTN itu sendiri. Program ini juga dijadikan jambatan perhubungan kepada MBM dan BTN untuk menjalinkan kerjasama dalam penganjuran progam-program di masa akan datang.