MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Training of Trainers Sekolah Rukun Negara MBM-iLEAD

29 Oktober – Seramai 30 orang belia telah terpilih menyertai Program Training of Trainers (ToT) Sekolah Rukun Negara anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan yang berlangsung selama 3 hari di Hotel Days & Suites, Jalan Pudu di sini.

Bengkel ini bertujuan memberikan latihan, kemahiran dan pentauliahan kepada belia sebagai penceramah, fasilitator dan jurulatih berkualiti supaya khidmat mereka dapat digunakan sepanjang program Sekolah Rukun Negara dibawah i-LEAD.

Peserta-peserta yang terpilih rata-rata berumur di bawah 30 tahun dari badan gabungan MBM, persatuan belia tunggal dan telah melalui tapisan daripada 305 pencalonan awal.

Pengisian program merangkumi ceramah eksplorasi dan methodlogi kejurulatihan; high impact presentation, kajian lapangan dan pembentangan kumpulan.

Selain itu, pelatih telah diserapkan dengan ilmu fasilitator, komunikasi berkesan, pengetahuan am yang lengkap baik dari segi sejarah negara, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, demokrasi dan elemen Madani.

Tenaga pengajar berpengalaman dalam program ini terdiri daripada wakil MBM iaitu Ketua Fasilitator, Encik Ahmad Faisal Abdul Ghafar; Sdr. Zairy Rosli (Coach Ayie); Encik Mohd Kamal Mohd Affandi (Coach Kamal) dan Encik Haslizar Rozally (Coach Along) daripada Kluster Kenegaraan i-LEAD.

Majlis penutup disempurnakan oleh Timbalan Presiden MBM, Sdr. Mohd Fairos Rusli yang turut menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta-peserta.

“Saya berharap semua peserta dapat memberi komitmen penuh dan sentiasa bersedia sebagai pelatih program Sekolah Rukun Negara nanti”.

“Asah ilmu dan pengetahuan masing-masing selari dengan peredaran masa. Setiap pelatih perlu cakna akan ekosistem belia masakini”, ujar beliau.

“Terima kasih juga kepada pihak i-LEAD atas kolaborasi ini dan tenaga pengajar yang terlibat kerana berkongsi ilmu dan pengalaman bersama peserta-peserta.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Kluster Kenegaraan i-LEAD, Encik Mohd Nor Arshad Kamaruzzaman dan Exco MBM, Sdr. Mohd Fauzi Fadzil merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »