Pada 10 April 2016 telah berlangsung Program Taklimat Sekretariat Penulis Jawatankuasa Pendidikan & Penyelidikan MBM di Pejabat Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan Muda (KAGUM), Wisma Unikeb, Bandar Baru Bangi, Selangor pada pukul 3.00 hingga 5.00 petang.
Kesedaran untuk mengarusperdanakan kegiatan penulisan dan penerbitan buku dalam kalangan belia telah mendorong Jawatankuasa Pendidikan dan Penyelidikan MBM untuk menubuhkan Sekretariat Penulis. Tujuan penubuhannya adalah untuk mendapatkan komitmen daripada barisan penulis muda yang terdiri daripada badan gabungan dan rakan strategik untuk kemudiannya menghasilkan penulisan yang dirancang untuk diterbitkan oleh MBM. Sesi taklimat ini dihadiri seramai 15 orang penulis yang terdiri daripada Sekolah Pembangunan Kerja Belia dan Komuniti (SPKB), ABIM Selangor, World Assembly of Muslim Youth (WAMY) dan penulis daripada JK Pendidikan dan Penyelidikan MBM sendiri. Program kali ini lebih kepada memberikan taklimat dan pengenalan mengenai konsep sekretariat yang bakal ditubuhkan, tema dan tajuk penulisan, jangka masa serta format penulisan. Taklimat diberikan oleh Sdr Muhamad Hanapi Jamaludin selaku Timbalan Pengerusi II, JK Penddikan & Penyelidikan. Para penulis bersetuju dengan setiap tajuk yang dibahagikan dan memberikan komitmen untuk mencapai hasrat yang ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa. Program ini diserikan dengan kehadiran Sdr Jufitri Joha Naib Presiden MBM yang memberikan amanat penting sekaligus ucapan penutup. Program yang akan disusul selepas ini ialah majlis perasmian Sekretariat Penulis yang dijadualkan pada hujung April 2016.