SERDANG 19 Disember – “Gerakan kepenggunaan siswa mampu menjadi wahana membela nasib dan hak pengguna khususnya dalam kalangan mahasiswa seperti isu yuran pengajian, harga rumah, harga makanan, pengangkutan dan lain-lain berkaitan kepentingan dan kebajikan masyarakat khususnya mahasiswa”, ujar Presiden MBM.
Majlis perasmian SkuadMEPS Negeri Selangor telah disempurnakan oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) di Universiti Putra Malaysia. Selangor merupakan negeri ketujuh penubuhan SkuadMEPS.
Turut hadir Wakil Pengarah KPDNHEP Negeri Selangor, Puan Fazdni Baharudin, Ketua Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar UPM, Puan Norizai Mohamad Noor, Naib Presiden MBM, Sdr. Sherhan Nizam Abdul Aziz, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Exco MBM Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh, Pemangku Presiden Majlis Belia Negeri Selangor, Sdr. Syafiq Ridzwan dan kepimpinannya.
Majlis penyampaian sijil Ahli SkuadMEPS disampaikan oleh Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim, Exco MBM. Sebelum itu, beliau turut memberi penerangan mengenai MBM dan peluang mahasiswa terlibat dengan gerakan sukarela.