MAJLIS BELIA MALAYSIA

PROGRAM SKUADMEPS “MENGGERAK PENGGUNA SISWA” NEGERI PULAU PINANG

SEBERANG PERAI 15 Disember – Pulau Pinang merupakan negeri kelima pelaksanaan Program SkuadMEPS anjuran Bahagian Kepenggunaan KPDNHEP, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dan Politeknik Seberang Perai.

Majlis Perasmian SkuadMEPS “Menggerak Pengguna Siswa” Negeri Pulau Pinang telah disempurnakan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha.

Dalam ucapannya, beliau berkata “MBM mahu anda terlibat dengan platform seperti ini (Skuadmeps) dalam memberi pendidikan dan kesedaran bagi memperjuangkan isu anda sendiri seperti pendidikan, makanan, perumahan, kesihatan dan pengangkutan”.

Turut hadir Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Seberang Perai, Encik Shuhaimi Samanol, Wakil Pengarah KPDNHEP Negeri Pulau Pinang, Puan Barathi a/p Ganesan, Exco MBM, Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh, Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang, Sdr. Lim Swee Bok dan kepimpinannya.

Program ini dimulakan dengan sesi taklimat dan ceramah bertajuk Transaksi Dalam Talian yang disampaikan oleh Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan MBM merangkap Ketua Program.

Ceramah kedua disampaikan oleh Encik Mohd Shah Rizan Sazali, Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bertajuk ‘Pengguna Bijak’ dan ceramah ketiga oleh Puan Barathi a/p Ganesan, Ketua Seksyen kepenggunaan Pulau Pinang bertajuk ‘Hak-hak Pengguna’.

Majlis Penyampaian Watikah Ahli SkuadMEPS “Menggerak Pengguna Siswa” Negeri Pulau Pinang disampaikan oleh Encik Sulaiman Abdullah, Penasihat Majlis Belia Negeri Pulau Pinang.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »