MAJLIS BELIA MALAYSIA

‘Program Semarak Ramadhan’ di Rumah Anak Yatim dan Asnaf Assolihin

BANTING 21 Mac – Sempena menyambut kedatangan Ramadan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan ‘Program Semarak Ramadhan’ di Rumah Anak Yatim dan Asnaf Assolihin, Kanchong Darat.

Program ini merupakan inisiatif pihak penganjur menyantuni anak-anak yatim khususnya dalam menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba.

Tetamu yang hadir sempat solat maghrib berjemaah seterusnya menyampaikan sumbangan kepada Pengetua Rumah Anak Yatim, Tuan Haji Molyana Mahmud dan agihan duit poket kepada anak-anak yatim.

Hadir sama Supt. Azman Shari’at, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Selangor dan Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »