MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Retreat Kepimpinan Kebangsaan 2012 –Zon Utara

Pada 14-16 Disember 2012, Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan telah mengadakan program Retreat Kepimpinan Kebangsaan 2012 bagi Zon Utara. Seramai 70 orang peserta terdiri daripada pemegang jawatan di dalam barisan kepimpinan belia peringkat negeri, daerah dan badan gabungan negeri masing-masing bagi Majlis Belia Negeri Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Pahang telah terlibat dalam program yang diadakan di Hotel Summit Bukit Mertajam ini.

Program ini disasarkan untuk memberikan golongan belia saluran yang betul untuk menyampaikan pandangan mereka mengenai pelbagai perkara kepada kerajaan dan melahirkan barisan pemimpin muda yang faham cita-cita, wawasan negara dan gagasan 1 Malaysia. Selain itu, ia diharapkan dapat menyediakan latihan bertujuan melahirkan barisan pelapis kepimpinan sebagai satu langkah pengupayaan persatuan belia serta menyediakan medan interaksi dan perbincangan kepada barisan kepimpinan generasi muda mengenai isu-isu masyarakat dan nasional.

Program ini dikendalikan oleh Ketua Penerangan MBM, Sdr. Hasnul Fairuz Hushin Amri yang juga merangkap Pegawai Penyelaras. Program ini juga dijayakan oleh exco MBM Sdr, Hasnul Haniff Harun sebagai fasilitator dan Sdr Zaidi Aziz, Setiausaha Agung MBM bertindak sebagai penceramah bagi sesi pertama. Sesi pengisian seterusnya telah dikendalikan oleh wakil KBS iaitu En Zahari B Sahid dan bagi sesi Ancaman Keselamatan Negara telah dijayakan oleh SAC Datuk Mohd. Sofian dari Bukit Aman. Seterusnya, sesi dialog telah membariskan ahli panel yang terdiri daripada KBS dan mantan exco MBM dan MBN.

Kesimpulannya, program ini bermatlamat untuk melahirkan kepimpinan belia peringkat daerah dan negeri yang lebih memahami peranan Majlis Belia masing-masing dan cakna mengenai program pembangunan belia peringkat kebangsaan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »