PUTRAJAYA 7 Okt – “Tahukah anda, diramalkan 20 tahun lagi berkemungkinan pekerjaan yang ada hari ini akan diambil alih oleh robot atau AI”. Jadi pentingnya anak-anak muda mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran serta mengenalpasti pekerjaan kalis masa hadapan”.
Itu antara pesanan Presiden MBM di hadapan pelajar-pelajar SMK Presint 11 dalam program Reach Out MBD & Community anjuran Majlis Belia Putrajaya.
Putrajaya menjadi lokasi ke-3 dan terakhir penganjuran Reach Out MBD & Community bagi Zon Tengah.
Sesi Perkongsian MBM dan MBK Putrajaya menjadi ruang buat pimpinan belia berdialog bersama pelajar-pelajar mempromosi kelebihan dan faedah positif menyertai persatuan belia.
Terdahulu Presiden MBM menyampaikan hadiah kepada pemenang video kreatif sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang disertai pelajar-pelajar sekolah ini.
Turut sama dalam program ini pihak Reskills dan MAHSA University yang menawarkan peluang melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
Hadir sama Pengetua SMK Putrajaya Presint 11, Encik Ruslan Abd Rahman; Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin; Presiden MIYC Kebangsaan – மலேசிய இந்தியர் இளைஞர் மன்றம், Sdr. Dhanesh Basil; Exco MBM, Sdr. Mohd Faiz Suhaimi; Pengerusi MBK Putrajaya, Sdr. Muhamad Syazmir Ahmad Najib dan kepimpinannya.
Tahniah MBK Putrajaya dan semua yang menjayakan program ini!

























































