MAJLIS BELIA MALAYSIA

PROGRAM RAMAH MESRA DENGAN PESERTA AKADEMI AL-QURAN MASJID RANTAU PANJANG

SELAMA 18 Julai – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) menghadiri program ramah mesra dengan peserta Akademi Al-Quran Masjid Rantau Panjang.

Akademi ini turut didokong oleh Majlis Belia Daerah Selama dalam usaha melahirkan generasi Al-Quran yang unik.

Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha sempat menyampaikan tazkirah, menjalankan aktiviti kuiz bersama para peserta dan menyampaikan sijil khatam Al-Quran.

Dalam tazkirahnya, beliau sempat memetik hadis di mana Rasulullah S.A.W. mengesyorkan para sahabat untuk belajar Al-Quran daripada empat sahabat, tiga daripadanya adalah anak muda.

Hadir sama Naib Presiden MBM, Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Exco MBM Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh dan Felo Penyelidik MBM, Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »