MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor (SAY LEAD) Edisi Ketiga

Petaling Jaya | 31 Mac – Sdr. Faiz Shuhaimi, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Presiden Majlis Belia OKU Malaysia (MBOKU) telah menghadiri Program Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor (SAY LEAD) Edisi Ketiga. Program berlangsung di Sunway Hotel Resort.

Program telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Shah Alhaj, Raja Muda Selangor.

SAY LEAD (Leadership, Entrepreneurship, Acceleration and Development) merupakan sebuah liga keusahawanan berprestij anjuran DYTM Raja Muda Selangor yang mensasarkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi melahirkan usahawan-usahawan OKU yang berjaya menjana pendapatan stabil menerusi perniagaan. Seramai 20 usahawan telah mengikuti liga ini selama 4 bulan dan 10 peserta telah melayakkan diri ke pusingan akhir pada 31 Mac 2022.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »