KUALA LUMPUR 12 Julai – Telah berlangsung Majlis Hi-tea bersama delegasi Belia Korea Selatan bagi Program Pertukaran Belia Malaysia – Korea Selatan 2023 di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) Jalan Ampang.
Hadir meraikan tetamu ini ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim.
Seramai 20 orang delegasi belia Korea Selatan terlibat dalam Program Pertukaran Belia Malaysia – Korea Selatan yang berlangsung pada 11-20 Julai 2023 bertemakan “Economic Development (Youth Entrepreneurship)”.
Program ini dianjurkan Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Ministry of Gender Equality and Family Korea.
Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah hadir mewakili Presiden MBM.
Turut hadir Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia), Dr. Zainah Shariff.




