Telah berlangsung dengan jayanya Program Penghakupayaan Pelajar Dan Sumbangan Bantuan MYVOC – Back To School yang diadakan di SMK Agama Al-Khairiah, Kuala Nerang, Kedah pada 5 Mac 2016 yang dihadiri oleh pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 seramai 150 orang dan wakil pihak sekolah yang dihadiri oleh Guru Disiplin Ustaz Norul Amin Hamid dan Guru Penolong Kanan Ustaz Tajol Afkar Ismail.
Di antara aktiviti yang diadakan adalah seperti ceramah pembangunan jatidiri pelejar oleh Tokoh Belia Negara 2015, Sdr Suhail Kamaruddin, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Pameran Kemahiran Kerjaya yang disertai oleh 4 Buah Kolej Kemahiran sekitar Kedah dan Pulau Pinang.
Seramai 20 orang pelajar terpilih untuk menerima sumbangan bantuan MYVOC – Back To School.
Perasmian penutup disempurnakan oleh Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Kedah, Sdr. Hamdan Jamil dan turut hadir Exco MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan wakil Sekolah Pembangunan Kerja Belia (SPKB), Sdr Hanapi.