KUALA LUMPUR 18 Feb – Sempena Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia, Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Biro Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan telah menganjurkan Program Pengenalan Duta Belia Damai dan Perpaduan bertempat di UCSI Living Lab, Cheras.
Program ini dianjurkan dengan kerjasama Sekretariat Sustainable Development Goals UCSI Group dan disokong oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Peserta-peserta yang hadir terdiri daripada pelajar Institut Profesional Baitulmal, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya dan ahli-ahli gabungan MBM.
Dikendalikan oleh The Blue Ribbon Global, program ini merupakan salah satu inisiatif MBM dalam menyokong perpaduan kaum terutama di kalangan belia selaras dengan kempen MBM iaitu “Youth For Unity”.
Majlis penutup disempurnakan oleh Puan Nurul Akmalina, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Agama, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Sikap toleransi amat penting dalam konteks masyarakat negara ini dalam memastikan kesejahteraan dan keharmonian terpelihara. Hadir sama Naib Presiden MBM, Sdr. Lim Swee Bok merangkap Pengerusi Biro Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Felo Penyelidik MBM, Sdr. Thai Ming Yeow.