CAMERON HIGHLANDS 15 Februari – Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia,(MBM) bersama Sdr. Mohd Izzat Afifi Abd Hamid, Naib Presiden MBM telah menghadiri program Penanaman Pokok Pemulihan Hutan Simpan Sungai Ichat. Program ini dianjurkan oleh MBM, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Kerajaan Negeri Pahang, Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET) dan Majlis Belia Negeri Pahang.
YAM Tengku Arif Temenggong Tengku Fahd Mu’adzam Shah Ibni Almarhun Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah telah hadir menyempurnakan program tersebut serta berkenan menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara SASET dan MBN Pahang.
Turut hadir dalam program tersebut Yang Hormat Mulia Dato’ Setia Pahlawan Tengku Aidy Ahmad Shah bin YAM. Tengku Besar Pahang Tengku Kamil Ismail, YB. Ramli Dato’ Mohd Nor, Ahli Parlimen Cameron Highlands, wakil-wakil jabatan kerajaan Negeri Pahang serta pimpinan MBN Pahang.
Penanaman pokok ini dilakukan untuk memulihkan semula kehijauan hutan simpan di Cameron Highlands yang telah di ceroboh sebelum ini. Antara pokok yang ditanam ialah Damar Minyak aka Raja Kayu (Agathis Borneensis) yang akan mengambil masa 30 tahun untuk menjadi balak.