MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program pemberdayaan kesedaran wanita (All About Girls) di SK Convent Sentul 2

KUALA LUMPUR 9 Dis – Program pemberdayaan kesedaran wanita All About Girls kali ini berlangsung dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 2, Jalan Sentul.

Program anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama UNICEF Malaysia dan SK Convent Sentul 2 ini disertai seramai 20 pelajar yang juga merupakan ahli Persatuan Pandu Puteri berusia 11 hingga 16 tahun.

All About Girls adalah program kesedaran dayaupaya wanita dan gender dalam persekitaran Malaysia. Program ini dilaksanakan dalam bentuk bengkel dengan pendekatan kreatif dan penciptaan bersama (co-production & co-creation).

Melalui program ini peserta didedahkan dengan perkongsian santai yang disampaikan oleh Dr. Syafiqah Abdul Rahim, Penyelidik MBM mengenai perlindungan daripada penderaan dan eksploitasi wanita, kesihatan wanita (period) dan kesaksamaan gender.

Turut diadakan aktiviti tayangan video, pembuatan origami, feminist art (poster) selain perkongsian di kalangan peserta.

Turut hadir Puan Jessica Sercombe, ADAP (Adolescent Development and Participation) Officer Unicef Malaysia dan Puan Lillian Ng Mun Lin dari Persatuan Pandu Puteri Wilayah Persekutuan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »