KUALA LUMPUR 28 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan dari Agensi Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) yang diwakili Encik Mohamed Fahmi Azli Harimi, Ketua Seksyen GLC dan Agensi Kerajaan dan Encik Mohd Rushdan Zenull Abidin, Eksekutif GLC dan Agensi Kerajaan bertempat di Wisma MBM.
Pertemuan diketuai oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM ini membincangkan mengenai kerjasama di antara MBM, Majlis Belia OKU Malaysia (MBOKU) & CGC dalam membuka memperkasa dan membangunkan belia OKU menerusi bidang keusahawanan.
Hadir sama Datuk Syed Osman Mohamed, Naib Presiden MBM, Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM dan Sdr. Asyraf Mahat, Exco Keusahawanan MBOKU.