MAJLIS BELIA MALAYSIA

PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI BELIA KELANTAN [KLUSTER AKUAKULTUR] SEMPENA JELAJAH AGRO PERTANIAN INDUSTRI ASAS TANI MBM KE KELANTAN

Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Biro Pertanian dan Indutsri Asas Tani MBM dengan kerjasama Majlis Belia Kelantan, Jabatan Belia & Sukan, Kerajaan Negeri Kelantan dan juga Pejabat Perikanan Negeri Kelantan telah menganjurkan Program Pembangunan Ekonomi Belia Kelantan [Kluster Akuakultur] Sempena Jelajah Agro Pertanian Industri Asas Tani Majlis Belia Malaysia (MBM) ke Kelantan.
.

Program selama 3 hari bermula pada 19 hingga 22 September 2019 bertempat di Sinaran Beach Resort, Tumpat Kelantan telah disertai Seramai 30 orang anak muda Kelantan. Sdr. Abdul Hafeez Abdullah, selaku Pengerusi Biro Pertanian dan Indutsri Asas Tani MBM bersama timbalannya , Sdr. Muhammad Iqmal Mahadi turut bersama di dalam program ini. Matlamat utama program ini adalah bagi memberi pendedahan terhadap asas akuakultur kepada para belia di Negeri Kelantan sebagai platform bagi menjana ekonomi khususnya bagi golongan belia.
.

Program ini telah dirasmikan oleh YB. Haji Wan Roslan Bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan NGO Negeri Kelantan. Turut hadir bersama dalam program tersebut Encik Nazri bin Ishak, Pengarah Perikanan Negeri Kelantan dan Sdr. Hafizul Nizam Abdullah, Yang Dipertua Majlis Belia Negeri Kelantan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »