MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Pemantapan Dan Pengupayaan Pertubuhan Belia Di Perak

Kuala Kangsar 16 April – Program Pemantapan Dan Pengupayaan Pertubuhan Belia berlangsung dengan jayanya di Ohsem Cafe Kuala Kangsar, Perak pada 15 April 2017 pada jam 12.30 tengahari. Program ini adalah bertujuan untuk menyampaikan sambungan bantuan pentadbiran kepada Majlis Belia Daerah di Perak yang tidak berkesempatan hadir pada program di Putrajaya tempoh hari.

Dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Kangsar, Perak Sdr. Ahmad Shah, diteruskan dengan ucapan aluan oleh Presiden Majlis Belia Negeri Perak Sdr, Aswannudin Hariffudin dan ucapan oleh Presiden MBM Tuan Hj, Mua’amar Ghadafi Jamal. Diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan kepada Majlis Belia Daerah Negeri Perak oleh Presiden MBM.

Program ini berakhir dengan jamuan dan sesi bergambar kenangan.

 

 

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »