27 Julai 2019 | Dewan Serbaguna Blok D, PPR Lembah Subang 1
Telah berlangsungnya Program Mobile School YBCare. Program Mobile School ini Anjuran Yayasan Bina Kesejahteraan@YBCare bersama Yayasan Basmi Kemiskinan dan Universiti Putra Malaysia dengan Kerjasama Majlis Belia Malaysia. Bagi kelas untuk bulan ini, modul yang dijalankan adalah modul ke-3 iaitu sesi motivasi. Penyertaan yang sangat luar biasa dari anak-anak PPR Lembah Subang.
Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili saudara Sherhan Nizam Abdul Aziz, Naib Presiden MBM yang diamanahkan sebagai Ketua Fasilitator dalam Program Mobile School Modul 3 ini. Tahniah pada semua yang telah menjayakan Program ini.