KUALA LUMPUR 1 Mei – Program Mentorship Training Program Unesco University of Victoria-USIM telah memasuki minggu ke-8 bagi membolehkan Majlis Belia Malaysia (MBM) diiktiraf sebagai Mentor dan Rakan Strategik Projek Knowledge for Change (K4C) Unesco.
K4C merupakan projek kajian untuk memberdayakan komuniti melakukan perubahan. Kajian bukan hanya cantik pada laporan tapi diterjemahkan dalam bentuk tindakan komuniti.
Minggu ke-8 menyaksikan Prof Sarah Banks dari Durham University, United Kingdom mengisi tajuk Ethical Issues in Community Based Participatory Research (CBPR) manakala Nandita dari Martha Farell Foundation (MFF) India mengisi tajuk Case Study.
Presiden MBM telah menyertai program ini yang berlangsung secara dalam talian.