PUTRAJAYA 3 Mei – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah mewakili MBM ke Program Menteri Belia dan Sukan, Dato Seri Reezal Merican Naina Merican bersama rakan-rakan strategik pelaksana Skim Perantisan Nasional (SPN).
Program SPN ini bertujuan membantu belia resah yang terdiri daripada :
1. Belia “Lifo” – Last in First out
2. Belia dalam bidang keusahawanan
3. Belia dalam bidang “informal economy” – Gig Economy
4. dan belia NEET (not in education, not in employment and not in training) – juga dikategorikan sebagai belia yang berada dikedudukan “blind spot” yang jarang diberikan perhatian. Mereka tiada “social safety net” dan perlu dibantu sebaik mungkin. MBM juga turut serta menjayakan program SPN ini melalui “Felo NGO”.