MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Latihan Social Behaviour Change Communication (SBCC) MBM X UPM-UNICEF C4D

KUALA LUMPUR 18 Jun – Jawatankuasa Penerangan, Penerbitan dan Media Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama C4D UNICEF-UPM telah menganjurkan Bengkel Latihan Social Behaviour Change Communication (SBCC) pada 16-18 Jun 2023 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa.

Peserta-peserta program terdiri daripada kepimpinan badan gabungan MBM, pertubuhan belia yang memegang port folio utama seperti ketua penerangan, setiausaha dan sebagainya.

Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan dan solusi terbaik dalam setiap penganjuran program yang laksanakan supaya ianya mencapai matlamat dan memberi impak.

Untuk hari pertama, peserta-peserta didedahkan mengenai konsep dan rangka kerja Social Behaviour Change Communication (SBCC).

Team fasilitator bengkel ini diketuai oleh Dr. Diyana Kasimon, Timbalan Pengarah Universiti Putra Malaysia UPM-UNICEF C4D Centre.

Hari kedua Program Latihan Social Behaviour Change Communication (SBCC) berlangsung penuh bertenaga dengan para peserta didedahkan teknik mengenalpasti ‘root causes’ dan kaedah menanganinya (ejen perubah).

Kemahiran ini amat penting dan perlu dipraktikkan pemegang port folio penerangan dalam pertubuhan belia agar program-program dan inisiatif yang dilaksanakan mencapai target dan memberi impak.

Hari terakhir diisi dengan sesi pembentangan Behavioural Matrix untuk pelan komunikasi dari peserta-peserta hasil perbincangan SBC selama 3 hari.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid hadir menyaksikan pembentangan dan menyempurnakan penutup program ini.

“Saya berharap peserta dapat memahami dan mengaplikasi konsep dan kerangka SBCC dalam membangunkan program belia di pertubuhan masing-masing”.

“Terima kasih kepada pihak UPM-UNICEF-C4D khususnya fasilitator yang terlibat kerana berkongsi ilmu, pengalaman dan dana untuk mendidik belia Malaysia”, ujar beliau.

Hadir sama Pengarah UPM-UNICEF-C4D, Dr. Tham Jen Sern; Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin; Exco MBM, Sdr. Eow Shiang Yen dan Sdr. Mohd Faiz Suhaimi.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »