MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja PROKENS Majlis Belia Malaysia (MBM) Siri Keenam 2021

Dalam Talian | 17 – 19 September – Program Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja PROKENS MBM telah berjaya dilaksanakan bagi siri keenam dalam talian menggunakan aplikasi Zoom. Program telah dikendalikan oleh Jawatankuasa Khas Latihan dan Kepimpinan MBM. Program telah dibiayai oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

Antara perkara yang diterapkan dalam program tersebut adalah mengenai kemahiran di alam pekerjaan, cara mendapatkan pekerjaan yang berkesan, keusahawanan digital, latihan temuduga, komunikasi berkesan serta kefahaman kewangan dan perkongsian mengenai hak pekerja. Seramai 77 orang peserta telah menyertai latihan siri keenam kali ini.

MBM mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para peserta siri keenam. Semoga dengan ruang latihan yang diberikan dapat dimanfaat sebaik mungkin dalam bidang kerjaya yang diceburi serta dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Mungkin imej 3 orang dan teks yang berkata 'Zoom Meeting Marwan Mazlan Recording Noraziemah Rasyidah Afiqah Nazzi Juraika Rashid CITY NO STRESS LARGE GREAT BOSS FAMOUS COMPANY EASY HIGH WORK SALARY WHAT ARE YOU LOOKING FOR? TOWN Admin SMALL UNKNOWN COMPANY LOT OF STRESS! LOUSY DIFFICULT BOSS WORK OK LAH!'
Mungkin imej 1 orang dan skrin
Mungkin imej 2 orang dan teks
Mungkin imej 2 orang dan teks

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »