DALAM TALIAN 11 Mei – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai sesi perbincangan secara dalam talian di antara Sekretariat Task Force Generasi Penamat Budaya Merokok Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan program lapangan dan advokasi #GEGAR18 atau Generational End Game Anti Rokok.
Perbincangan telah disertai oleh Dr. Noraryana Hassan, Sektor Kawalan Tembakau dan Urusetia FCTC dan Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM. Melalui inisiatif #GEG dan akta kawalan kelak, remaja berusia di bawah 17 tahun tidak dibenarkan akses kepada penjualan, pembelian dan penggunaan produk tembakau.