SELANGOR| 1 MEI- Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan agihan pek asas makanan di Kampung Rinching Hilir, Kampung Sungai Kembong Hulu dan kampung Sungai Kembong Hilir. Sebanyak 60 keluarga telah menerima sumbangan tersebut.
Program tersebut telah diselaraskan oleh Relawan MBM dibawah Sdr. Mohd Faiz Suhaimi, Exco MBM. Turut bersama Sdr. Sherhan Nizam, Naib Presiden MBM. Hadir sama mengagihkan barang sumbangan ialah wakil rakan kerjasama dan ketua kampung yang terlibat.
Program ini adalah kerjasama Adab Youth Garage Bangi (AYG), Malaysian Humanitarian Movement (MHM), MyfundAction dan Majlis Belia Daerah Hulu Langat.








