MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Negeri Perlis

ARAU 6 Julai – Setiusaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah hadir mewakili Presiden MBM ke Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Negeri Perlis yang berlangsung di MRSM Arau.

YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri KBSMalaysia merasmikan program ini seterusnya menyertai sesi ‘Town Hall’ bersama anak muda.

Platform ini digunakan sebaiknya belia yang hadir mengutarakan pelbagai soalan, pandangan berkaitan isu-isu semasa, cabaran hala tuju pembangunan belia khususnya pelan transisi kepimpinan belia.

Program turut dihadiri YB Wan Zikri Afdtar Ishak, Exco Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan Negeri Perlis; Dr. Nagulendran Kangayatkarasu; pimpinan tertinggi KBS; Sdr. Ts. Jefri Hasan, Yang di-Pertuan Majlis Belia Negeri Perlis dan kepimpinan MBN Perlis.

Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »