Pulau Pinang 27 September – Program Gotong Royong Sentuhan Kasih Pemuda Prihatin yang telah berlangsung di Pulau Bentong Balik Pulau ini adalah rangkaian daripada Majlis Belia Malaysia yang terus menjangkaui masyarakat yang memerlukan dimana Sdr. Hj Mua’ammar Ghadafi Presiden MBM bersama pemimpin belia setempat membersih, mengecat dan membaiki semula rumah salah seorang penduduk tempatan.
Ini merupakan salah satu projek kesukarelaan di bawah Komuniti Belia 1 Malaysia – MYVOC