MAJLIS BELIA MALAYSIA

PROGRAM KASIH GADIS ABIYAH

PROGRAM KASIH GADIS ABIYAH
….elok dan mulia

“Ketika dunia mentertawakan, dan cacian bagaikan hujan, maka belajarlah dari keduanya dan yakinlah bahawa kekuatan anda bangkit kerana penyesalan yang telah anda alami”

Program ini adalah inisiatif Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Gejala Sosial dan Dadah dalam usaha mendekati dan memberi sokongan sosial kepada gadis remaja bawah umur yang hamil di luar nikah yang ditempatkan di institusi perlindungan gadis dan kanak-kanak, Taman Seri Puteri Cheras, Selangor.

Pengisian program adalah berbentuk kerohanian, mtivasi, pendidikan awal kanak-kanak, kemahiran dan inspirasi dari tokoh-tokoh wnaita yang berjaya. Program ini turut mendapat sokongan padu dari yayasan PENERAJU Pendidikan Bumiputera.

Walaupun golongan gadis begini dikatakan belia berisiko tinggi, kita tidak harus beterusan dengan stigma berkenaan yang akan mewujudkan sikap prejudis terhadap mereka. MBM sebaliknya melihat kumpulan ini adalah mereka yang paling mudah didekati dan bakat serta potensi mereka mudah di gilap dengan cara membudayakan dan menterjemahkan rasa prihatin kita secara terus dengan mereka.

Berikut adalah pengisian aktiviti sepanjang Julai dan Ogos 2014

05/07/2014 | 2.00-6.00 petang:
Latihan Kemahiran (Kecantikan)

05/07/2014 | 2.00-6.00 petang:
Latihan Kemahiran (Kecantikan)

09/07/2014 | 6.30-9.30 malam:
Kerohanian (Kuliah Agama/Berbuka Puasa/Maghrib/Isyak/Terawih)

10/07/2014 | 2.00-6.00 petang:
Pendidikan Awal Kanak-Kanak & Motivasi

11/07/2014 | 2.00-6.00 petang:
Pendidikan Awal Kanak-Kanak & Motivasi

16/07/2014 | 6.30-9.30 malam:
Kerohanian (Kuliah Agama/Berbuka Puasa/Maghrib/Isyak/Terawih)

17/07/2014 | 6.30-9.30 malam:
Kerohanian (Kuliah Agama/Berbuka Puasa/Maghrib/Isyak/Terawih)

19/07/2014 | 2.00-6.00 petang:
Pendidikan Awal Kanak-Kanak & Motivasi

20/07/2014 | 2.00-6.00 petang:
Pendidikan Awal Kanak-Kanak & Motivasi

23/07/2014 | 6.30-9.30 malam:
Kerohanian (Kuliah Agama/Berbuka Puasa/Maghrib/Isyak/Terawih)

11/08/2014 | 11.00-12.00 tengahari: (AKAN DISAHKAN KEMUDIAN)
Bicara Tokoh Kerohanian

12/08/2014 | 11.00-12.00 tengahari: (AKAN DISAHKAN KEMUDIAN)
Bicara Tokoh Kerohanian

18/08/2014 | 11.00-12.00 tengahari: (AKAN DISAHKAN KEMUDIAN)
Bicara Tokoh Kerohanian

21/08/2014 | 11.00-12.00 tengahari: (AKAN DISAHKAN KEMUDIAN)
Bicara Tokoh Kerohanian

Sebarang pertanyaan tentang program ini bolehlah hubungi SAUDARA RIZAN HASSAN di talian 013-7733676

Sekian terima kasih.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »