MAJLIS BELIA MALAYSIA

PROGRAM JOM DERMA DARAH BANTU TABUNG DARAH

PULAU PINANG 7 April – Majlis Belia Malaysia (MBM), Majlis Belia Negeri Pulau Pinang, Majlis Belia Seberang Perai Selatan dan Majlis Kelab Bell Belia Tamil Seberang Perai telah menganjurkan program Jom Derma Darah bertempat di ruang legar Pearl City Mall, Simpang Ampat, di sini.

Program bertemakan ‘A Drop For You, An Ocean For Someone Else’ berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Sdr. Lim Swee Bok, Naib Presiden MBM merangkap Presiden MBNPP.

Program dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Hospital Pulau Pinang ini bertujuan menggalakkan golongan belia dan orang ramai menderma dan membantu kepada yang memerlukan.

Turut hadir Exco MBM, Sdr. Kavimani Madhu merangkap Biro Kesukarelaan & Belia Mahir.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »