Kota Kinabalu 8 Januari 2017 – Program Jalinan Muhibbah Majlis Belia Daerah Bera Bersama Majlis Belia Malaysia Dan Majlis Belia Sabah telah berlangsung pada 7 Januari 2017 yang pada pukul 8 malam. Program ini berbentuk santai dimana untuk mengeratkan silatulrahim di antara Majlis Belia peringkat daerah dan negeri.
Pimpinan MBM yang hadir ialah Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Presiden MBM, Sdr. Mohd Zaidi Aziz Timb. Presiden MBM dan barisan pimpinan MBM, Sdr. Zikri Zainuddin Setiausaha Majlis Belia Negeri Sabah, Sdr. Rosidi Hassan Pengerusi Majlis Belia Daerah Bera/Exco MBM, barisan pimpinan Majlis Belia Negeri Sabah dan Majlis Belia Daerah Bera…
Dimulakan dengan ucapan aluan oleh Sdr. Rosidi Hassan Pengerusi Majlis Belia Daerah Bera/Exco MBM yang mengalukan kedatangan pimpinan MBM ke majlis tersebut. Seterusnya ucapan oleh Sdr. Zikri Zainuddin Setiausaha Majlis Belia Negeri Sabah dan ucapan akhir oleh Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Presiden MBM.
Diteruskan dengan sesi makan, penyampaian cenderamata dan sesi bergambar kenangan..