MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Inkubator MBM inisiatif nantu belia bertani

BANDA HILIR 26 Mei – Pada Sambutan Hari Belia Negara baru-baru ini, YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah hadir ke reruai Jualan Agro di bawah Program Inkubator MBM bertempat di Segmen Rakan Niaga.

Program kerjasama antara MBM dan TP Raed Agro Sdn Bhd ini berjaya menyediakan peluang niaga dan pekerjaan kepada golongan belia dalam bidang pertanian. Sebanyak 30 ekar tanah diusahakan di Setiu, Terengganu.

Program ini juga mendapat kerjasama rapat Fakulti Bio Sumber Makanan, UNISZA. Antara produk agro yang dihasilkan untuk jualan seperti tembikai, rock melon manis, mangga, betik, jagung dan nanas.

YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan turut menandatangani plak khas program sebagai tanda hadir dan menyokong program yang dilaksanakan di samping merasa sendiri hasil pertanian yang diusahakan di bawah program ini.

Turut hadir YB Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan Negeri Melaka dan Datuk Syed Osman Mohamed, Naib Presiden MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »