MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Bicara “Youth and Change” bersama Pemuda Turki

Putrajaya, 14 Februari 2012 – Peranan aktif belia dan pemuda sudah mula diiktiraf dan dibicarakan di seluruh dunia. Perubahan persekitaran dan kehendak belia menjadi topik penting yang mula dibicarakan. Kebangkitan rakyat di Tunisia yang seterusnya merebak ke negara-negara Arab yang lain banyak dimainkan oleh golongan ini. Tidak kurang juga peranan pemuda yang kini diangkat dan terlibat dalam usaha perubahan dan pembangunan dalam pentadbiran negara dan syarikat utama di seluruh dunia.

Justeru adalah penting untuk kita melihat dan menganalisa pergerakan belia sedunia dalam mengharungi perubahan ini sebagai asas perbandingan dalam mengharungi cabaran pembangunan belia dan peranannya dalam membangunkan negara kita. Maka satu perkongsian pengalaman antara pemuda di seluruh dunia dilihat satu keperluan dalam berkogsi aspirasi yang sama. Oleh yang demikian, satu program dialog telah diatur antara AKP Turki dan Belia Malaysia di dalam program Bicara Pemuda “Youth and Change”  yang diadakan di Palm Garden Hotel, IOI Resort Putrajaya. AKP Turki yang diwakili oleh Sdr. Ismail Karaosmaonglu Pengerusi Pemuda, Keadlilan dan Pembangunan Parti AK, Turki dan MBM diketuai oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Turut sama dalam program ini ialah Sdr. Abdelkabir Azzi, Wakil Rasmi Parti Keadlilan dan Pembangunan Morocco dan beberapa pertubuhan belia di bawah MBM seperti ABIM dan PKPIM. Bagi memastikan dialog ini berjalan dengan lancar, Sdr. Jufitri Joha, Naib Presiden ABIM diberi kepercayaan untuk menjadi moderator. Beberapa isu membabitkan kepentingan belia di negara Turki dan Malaysia disentuh dengan kupasan yang menarik.

Untuk makluman, program ini diadakan bertujuan memberi kefahaman dan perkongsian pengalaman peranan belia antarabangsa dalam pembangunan negara dan cabaran yang mereka hadapi
serta  membina dan memperluas jaringan antarabangsa belia Malaysia dengan kumpulan belia di seluruh dunia. Ianya juga bertujuan mewujudkan persefahaman dan penerokaan ruang kerjasama antara belia Malaysia dengan kumpulan belia antarabangsa.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »