MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Bicara Kepimpinan Patriotik bersama mahasiswa Universiti Malaya

KUALA LUMPUR 5 Sep – Penolong Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin telah hadir sebagai ahli panel Program Bicara Kepimpinan Patriotik (BKP) Mahasiswa Siri 3 di Universiti Malaya.

Program anjuran Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) yang diadakan bagi menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan ini membicarakan topik bertajuk “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” dihadapan lebih 348 orang mahasiswa terdiri daripada Calon Pemudahcara Siswa (CPS).

Selain Syafiq, panel lainya iaitu Dr. Haji Mohd Erfino Johari, Pensyarah Kanan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) merangkap pendakwah/ panelis program Forum Perdana Hal Ehwal Islam selain moderator majlis Puan Muliana Tahir, Penolong Pengarah i-LEAD.

Majlis penutup disempurnakan oleh Puan Zainariah Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kluster Kepimpinan, i-LEAD.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »