KUALA LUMPUR | 10-12 Januari 2020 – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah bersama-sama turun ke negeri yang terjejas akibat banjir yang lepas dalam program “Belia Prihatin Pasca Banjir Pantai Timur” dengan membantu memberi sumbangan dan membuat pendawaian elektrik di rumah mangsa yang terlibat. Selain itu, MBM juga telah melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Pahang.
Program ini juga adalah dengan kerjasama daripada Majlis Belia Negeri (MBN) Pahang dan Kelantan yang terlibat dalam membantu menggerakkan program ini. Turut bersama dalam program tersebut adalah Sdr. Jufitri Joha Presiden MBM, Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz Naib Presiden MBM serta Sdr. Hasnul Haniff Harun Setiausaha Agung MBM. Program tersebut juga di sambut oleh rakan-rakan MBN sepanjang program berlangsung. MBM sentiasa komited dalam membantu golongan yang memerlukan.