MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Bantuan Keluarga Miskin Bandar Pure Heart 6.3 (fasa 2)

SUBANG 25 September – Seramai 150 keluarga dari PPR Lembah Subang telah dipilih untuk menerima bantuan Pure Heart Fasa 2.

Selain menerima bantuan barangan dapur, ibubapa juga didedahkan dengan slot asas perniagaan bersama Pegawai Eksekutif Halaman Nurani Sdn. Bhd. (HNSB), Encik Shahrul Nizam.

Majlis Belia Malaysia (MBM) turut berpeluang menyampaikan taklimat mengenai MBM khususnya sokongan OKU oleh Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM.

Program Pure Heart kali ini mendapat kerjasama daripada MBM, Yayasan Bina Kesejahteraan dan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK)

Dalam masa yang sama, anak-anak penerima bantuan pula menghadari bengkel fantasains iaitu pembelajaran matematik dan sains secara interaktif. Bengkel ini telah dikendali oleh guru-guru dari Yayasan Maghfirah dan juga sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia (MVM).

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »