MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Bakti Belia Madani Fasa I 2026

Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Majlis Belia Negeri-Negeri (MBN) memulakan pelaksanaan Program Bakti Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Majlis Belia Negeri-Negeri (MBN) memulakan pelaksanaan Program Bakti Belia MADANI Fasa I yang berlangsung dari 12 hingga 14 Jun 2026 di beberapa lokasi terpilih seluruh negara sebagai usaha memperkukuh budaya kesukarelawanan dan penglibatan belia dalam pembangunan komuniti.

Bagi Fasa I, program akan dilaksanakan di :

1) Johor – Felda Maokil, Muar

2) Perak – Kampung Manjoi, Ipoh

3) Negeri Sembilan – Kampung Pelegong, Labu

4) Pulau Pinang – Kampung Telok Awak, Telok Bahang

Pelaksanaan Bakti Belia MADANI mencerminkan komitmen gerakan belia untuk terus memainkan peranan sebagai rakan pembangunan negara melalui pendekatan turun padang, menyantuni rakyat dan menyelesaikan isu-isu komuniti secara bersama.

Inisiatif ini juga selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan, hormat, kesejahteraan dan kemampanan dalam kehidupan bermasyarakat.

Program ini menjadi wadah untuk belia turun padang menyantuni komuniti, membantu golongan yang memerlukan serta menyumbang kepada pembangunan setempat.

Melalui penglibatan aktif pertubuhan belia dan masyarakat, Bakti Belia MADANI memperkukuh hubungan antara generasi muda dengan komuniti akar umbi di samping memupuk nilai kepimpinan, ihsan dan tanggungjawab sosial.

Inisiatif ini diharapkan dapat menjadikan belia bukan sahaja pencetus idea, malah penggerak perubahan yang membawa manfaat dan kemajuan kepada seluruh lapisan masyarakat.

MBM merakamkan penghargaan kepada semua Majlis Belia Negeri, pertubuhan belia, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pemimpin masyarakat dan para sukarelawan yang berganding bahu menjayakan program ini.

MBM percaya melalui Bakti Belia MADANI akan terus memperkukuh perpaduan masyarakat serta melahirkan generasi belia yang berjiwa rakyat dan berorientasikan khidmat.

“Belia Berbakti, Komuniti Sejahtera, Malaysia MADANI.”

AHMAD FARHAN ROSLI

SETIAUSAHA AGUNG

MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bertarikh : 11 Jun 2026          

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »