KOTA DAMANSARAgu 21 FEBRUARI – Saban tahun Majlis Belia Malaysia akan mengadakan program Back To School dengan aktiviti sumbangan barangan kelengkapan sekolah.
Pada tahun ini MBM memilih SK Seksyen 7 Kota Damansara sebagai pilihan untuk program dimana sebanyak 100 biji beg sekolah diagihkan dengan disertakan kelengkapan alat tulis.
Setiausaha Agung MBM Sdr. Hasnul Haniff Harun menyampaikan sumbangan beg sekolah tersebut sambil disaksikan oleh Guru Besar Puan
Roslina Mahari, Naib Presiden MBM Sdr. Sherhan Nizam Abdul Aziz, Exco MBM Sdr. Hazrul Hafizi Abdul Halim dan Sdr. Muhammad Nazri.
Semoga pemberian sumbangan beg sekolah ini dapat menjadi rangsangan kepada murid-murid di sekolah tersebut untuk lebih cemerlang dalam pelajaran mereka.