MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Antirasuah Bersama Belia Johor

Johor Bahru | 17 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Majlis Belia Negeri (MBN) Johor telah menganjurkan Program Antirasuah bertempat di Kompleks SPRM Johor.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Datuk Seri Norazlan Mohd Razali, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM.

Hadir dalam majlis tersebut, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM dan YB Aznan Tamin, Presiden MBN Johor.

Turut hadir sepanjang program berlangsung, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Setiausaha Agung MBM, Puan Alice; Pegawai Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Johor, Encik Rustam ; Pegawai Bahagian Pendidikan Masyarakat Ibu Pejabat SPRM Putrajaya serta pemimpin belia Johor dan para pegawai SPRM.

Seramai 100 orang perserta dari kalangan badan gabungan dan belia negeri Johor telah menyertai program yang dianjurkan.

Antara pengisian program yang dilaksanakan adalah penerangan mengenai mencegah ketirisan dan salah laku rasuah dalam pengurusan dana persatuan, hukuman berdasarkan Akta SPRM 2009, dialog isu rasuah dan sesi lawatan ke bangunan SPRM negeri Johor.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »