MAJLIS BELIA MALAYSIA

PROGRAM AGIHAN MUHIBBAH RELAWAN MBM & MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA)

KUALA LUMPUR 30 Mei – Relawan Majlis Belia Malaysia (RM) bersama Malaysian Relief Agency (MRA) dengan kerjasama persatuan-persatuan belia kebangsaan pelbagai kaum antaranya Majlis Belia India Malaysia (MIYC), Majlis Belia Hindu Malaysia (HYO), Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia, Majlis Kelab Bell Belia Tamil (MKBBT), Pergerakan Belia India Muslim (GEPIMA) dan Gerakan Belia 4B Malaysia telah mengadakan agihan pek asas makanan di lebih 12 kawasan terpilih di sekitar Lembah Klang. Sebanyak 100 pek makanan telah diagihkan kepada keluarga B40 dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Program ini diselaraskan oleh Sdr. Mohd Faiz Suhaimi, Exco MBM dan sukarelawan MRA. Turut sama membuat agihan wakil rakan MRA, Puan Fauziah, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Syed Osman Mohamed, Sdri. Ng Chor Eng, Exco MBM dan sukarelawan Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »